Seindah

Ahad, 1 Mei 2016

Mimpi atuk.

Saya bermimpi.
Jumpa akan seseorang.
Seseorang yang tidak pernah saya lihat wajahnya.
Walaupun sekadar melihat sekeping gambar.
Tapi,
hati kuat mengatakan bahawa dia adalah atuk saya.
Tika itu...
Tanpa sebarang kata dan suara.
Yang hanya berlaku...
Bibirnya sekadar menguntum senyum.
Matanya sekadar melihat sayu.

Dan bila aku tersedar.
Aku masih ingat wajah itu.

Dan bila aku sebut atuk.
Wajah seperti dalam mimpi itulah yang aku bayangkan.

Moga benar itu atuk.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan