Seindah

Selasa, 24 Mei 2016

24 mei 2016.

Hari ini 24 mei.
Dengan harapan yang tinggi, aku mengharapkan hari ini adalah hari yang baik untuk aku.
Sebenarnya beberapa hari sebelum 24 mei,
aku ada mimpikan sesuatu.
Mimpi itu buat aku berasa takut untuk jalani hari ini.
Tapi...
Bila aku fikir semula,
Aku orang islam.
Dan aku kena percaya segala hidup aku adalah atas qada' dan qadar Allah.
Bukannya dari mimpi.
Tolonglah diri.
Tolong jaga akidah diri sendiri.

Please be a good person.

Rabu, 18 Mei 2016

Hang pencinta kucing ?

Assalamualaik.

Malam ni aku rasa aku nak buat entry tentang pencinta kucing.
Ehem,

Kucing...

Cantik. Gebu. Comel. Bersih. Suka?
Kurap. Kotor. Jalanan. Buat don't know.

“Cukup adilkah kita dengan kucing ?”

Erm... Aku nak selitkan satu kisah. Yang aku tak pasti realiti atau fantasi. Yang pasti aku telah baca.

Ada sorang gadis, dia ni seorang gadis yang dikategori pencinta kucing. Suatu hari, dia ambil anak kucing yang yatim piatu, badan kurus kering, balik rumah dia. Kucing tu dirawat dengan baik. Diberi makan mewah. Kadang kadang dry food dan kadang kadang tu wet food yang dibeli di kedai. Kucing tu makin lama makin sihat dan mula selesa dengan life dia.

Sampai suatu hari, tetiba ada seekor kucing hitam datang rumah gadis tu, badannya penuh dengan kurap fugus. Kucing hitam tu selalu duduk tepi rumah gadis tu. Gadis tu perasan. Setiap hari gadis tu beri kucing hitam kurap tu makan. Cuma... Makanannya tak semewah makanan si kucing kesayangan gadis tu.
Kucing hitam kurap tu, cukup sekadar makan nasi + sisa sisa lauk.

Gadis tu rasa dia dah cukup okey sebab dia masih beri makan pada kucing kurap tu. Malah sehari pun dia tak pernah lupa untuk bagi kucing hitam itu makan.

Bila hujan. Kucing kesayangan gadis tu tak perlu risau, sebab dia memang diyakini selamat dari ditimpa hujan. Sebab kucing tu berada di dalam rumah gadis tu. Malah, tidur nyenyak di katil gadis tu.

Kucing hitam tu ? Dia kesejukkan diluar. Mencari ruang untuk elak dirinya tidak ditimpa hujan. Gadis tu lansung tak sediakan kotak untuk kucing hitam kurap itu. Walaupun sekadar kotak buruk di luar rumah.

Setiap petang, gadis tu akan bawa kucing kesayangan dia keluar. Main dekat luar. Dibelai. Dimanja.

Tapi...
Kucing hitam berkurap itu, hanya sekadar melihat di tepi rumah. Gadis itu tak pernah sentuh kucing hitam itu. Geli, sebab berkurap.

Sampai satu masa...
Kucing kesayangan gadis itu. Tak selera nak makan. Dia sakit. Dan akhirnya dia mati.

Dan sekarang...
Hanya tinggal berkampit kampit makanan kucing yang mewah yang dulu dibeli oleh si gadis untuk kucing kesayangannya itu. Si gadis ambil keputusan untuk berikan saja makanan makanan mewah itu pada si kucing hitam yang berkurap.

Ya, dalam cerita itu senanya ada point yang aku nak tunjuk. Tak pastilah hampa perasan ka dak. Kalau perasan tu alhamdulillah. Jika belum sila baca sekali lagi.

Em. Sudah cukup adilkah kita ?
Kita kata kita pencinta kucing. Tapi tak semua kucing kita suka.
Kita memilih. Mana yang cantik ja. Yang buruk kita tolak tepi.

Tapi... Sapa yang adil pada semua tu tahniah saya ucapkan. Moga Allah balas jasa anda. Jika bukan di dunia mungkin di sana nanti. In Shaa Allah.

Selasa, 17 Mei 2016

Jauh.

Tak dapat melihat wajah.
Tak dapat dengar suara.
Tak dapat pegang tangan.

Jauh ini buat aku rindu.
Rindu pada dia.
Dia mak aku.

Jauh ini buat aku nak menangis.
Menangis sorang-sorang.
Sebab ingatkan mak.

Dan aku sayang mak.
Sayang sampai bila-bila.
Dan aku tak tahu nak tafsirkan bila-bila tu sampai bila.
Yang pasti ianya selama-lamanya. Kekal !

Ahad, 1 Mei 2016

Mimpi atuk.

Saya bermimpi.
Jumpa akan seseorang.
Seseorang yang tidak pernah saya lihat wajahnya.
Walaupun sekadar melihat sekeping gambar.
Tapi,
hati kuat mengatakan bahawa dia adalah atuk saya.
Tika itu...
Tanpa sebarang kata dan suara.
Yang hanya berlaku...
Bibirnya sekadar menguntum senyum.
Matanya sekadar melihat sayu.

Dan bila aku tersedar.
Aku masih ingat wajah itu.

Dan bila aku sebut atuk.
Wajah seperti dalam mimpi itulah yang aku bayangkan.

Moga benar itu atuk.