Sebenarnya dah tidur.
Tapi, tersedar jam 1:55 pagi.
Sebab tengok Izara turun dari tempat baring dia.
Tiba-tiba dia bergerak-gerak, dengan mata bulat pandang depan.
Waktu tu, terus pegang dia.
Sebab takut dia nak buang air kecil.
Sambil tu tanya dekat dia kenapa and so on.
Tak ada suara.
Tengok badan dia.
Dah tak ada pergerakkan pernafasan.
Lama perhati, tapi tak gerak juga.
Dari kepala sampai ke ekor, perhati. cari pergerakkan.
Tapi masih tak ada.
(Hampir setengah jam menangis, tapi masih keliru)
Nak sedapkan hati.
Tiba tiba teringat anak kucing yang mati dekat MEDI.
Walaupun baru mati.
Dah keras.
Tapi Izara tak lagi.
Jadi,
Pegang tangan dia.
Cari pergerakkan. Dan jumpa.
Dalam hati kata maybe ni nadi dia.
Lega.
Lama pegang area tu. Sebab aku takut.
Tapi. Dia tak gerak lansung.
Lepas tu hati terdetik.
Kalau Allah nak ambil dia, aku terima.
Daripada dia sakit. Menderita.
Manusia sakit. Manusia boleh bagitahu.
Tapi kalau cat ?
Dia diam ja.
Dan aku tahu dia masuk syurga.
Dalam pukul 3.00.
Letak dia di tempat dia semula.
Sambil belai belai dia.
Dah rasa dah tangan dia sejuk.
Tapi buat rasa okey.
Jam 3.20 lebih nak angkat dia.
Waktu tu. Semua dah berat. Kaku.
Waktu tu.
Baru aku kata dalam hati yang dia dah tak ada.
(Tapi aku masih ingat hari-hari sebelum ni aku kata. Kalau di takdirkan dia mati, biarlah aku dapat tengok dia mati. Jangan waktu aku balik KUISAS).
Dan ternyata.
Aku dapat tengok.
Walaupun waktu ni aku sorang sorang.
Sebab yang lain semua dah tidur.
Nenek jaga tadi, tapi aku diam.
Walaupun nenek tanya.
Dia jaga ke ?
Dan aku cakap ya.
Tapi hakikatnya dia dah tak da.
Dia masih ada sebelah aku.
Sebab aku tahu. Hari ini hari terakhir.
Dia dekat sebelah aku.
Dan tak ada dah untuk selepas ini.
Waktu ni,
Apa yang pernah terjadi.
Antara aku dengan dia.
Semua datang dekat minda.
Selepas ni.
Tak ada dah cerita tentang dia.
Tak ada dah achik nak sakat aku masa langkah pertama masuk pintu pagar rumah, konon nak jual Izara.
Sebab aku tahu kali ini dia. Betul betul dah tak ada.
Lepas ni tak ada dah.
Aku nak risau bila family balik ramai ramai.
Untuk jaga Izara sebab ada yang takut kucing.
Sebab aku tahu, selepas ni tak da dah Izara untuk takut takut kan depa.
Tak da juga cat yang akan cium muka pada waktu pagi.
Sebab dia nak kejut bangun.
Walaupun kadang kadang terbayang-bayang juga cicak yang dia tangkap dekat dapur.
Selepas ni.
Tak ada dah cat yang bilamana aku nak balik kolej.
Dia akan termenung. Tengok kereta abah hantar aku hilang.
Tak da dah cat yang akan cari aku dalam bilik, sebab dia lupa aku dah balik kolej.
Cat yang segala-galanya bagi aku.
Sebab aku dah anggap dia macam adik aku.
Walaupun aku tahu dia adalah seekor cat.
Tapi aku tahu dia faham aku.
Dia faham apa yang aku rasa.
Sebenarnya cuti tahun baru cina ini.
Sepatutnya fiera tak balik rumah.
Tapi.
Hari rabu malam.
Call ummi. Kata nak pergi rumah kawan.
Konon nak belajar naik bas.
Ummi izinkan.
Kemudian call nenek.
Nenek. Kata cat sakit.
Terus text ummi, kata.
Tak jadi pergi rumah kawan.
Lama malam tu fikir.
Ambil keputusan nak balik rumah juga pagi esok.
Selepas kelas muqoran.
At least, dah balik tak terasa terkilan sangat.
Jam 4.43 nenek terjaga lagi.
Beritahu beliau.
"Kucing dah mati, mak."
Laju ja kata.
Sebab...
Kan dah kata fiera anggap dia macam adik fiera.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan