Seindah

Khamis, 30 Julai 2015

Ada apa rasa dalam hujan ?

Hujan rintik-rintik membasahi bumi. Langit gelap, tiada lagi suci. Dengan angin kencang dan kadang lembut dingin. Memberi pelbagai rasa dalam kehidupan kita.

Ada apa rasa dalam hujan ? bahagia, sedih, takut, menanti, kabut. Dan begitu terpulang pada kita.

Ada apa bahagia dalam hujan ? si fakir miskin mengeluarkan baldi, apabila hujan lebat jatuh ke bumi, membawa rasa bahagia pada si fakir setelah seminggu tidak mandi.

Ada apa sedih dalam hujan ? Kanak gelandangan pergi bekerja, mencari duit membeli ubat untuk ibu yang sedang sakit. Hujan yang lebat juga petir membuat perjalanan menjadi tangguh. Sampai di kediaman ibu sudah tiada. Sedih.

Ada apa takut dalam hujan ? Kucing jalanan bertubuh kecil. Terpisah dengan ahli keluarga. hujan lebat jatuh menimpa dirinya. Dia mengiau kerana ketakutan. mengharapkan yang sudi datang membantu.

Ada apa menanti dalam hujan ? pelajar IPT di rumah sewa, yang hanya berjalan kaki, berbasikal dan juga bermotorsikal, menanti hujan yang lebat menjadi renyai. Demi pergi ke kelas menuntut ilmu.

Ada apa kabut dalam hujan ? Mak cik di kampung sedang memasak. Dengar bunyi hujan jatuh ke bumbung. Baru teringat kain yang dibasuh masih di ampaian. Kabut berlari angkat jemuran, sedangkan diri tidak berkasut.

Ada apa rasa dalam hujan berkenaan diri anda ? saya tidak mahu tahu . Biar ia jadi rahsia yang erat bagi anda, yang hanya anda bongkarkan kepada Tuhan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan