Aku tak tahu, dengan kau bercerita tadi. Reaksi aku, mengecewakan diri kau atau tidak.
Macam kau kata, walaupun kau bercerita pada siapa-siapa. Kata-kata mereka adalah sama.
Aku dan mereka hanya mampu berkata: Sabar. Doa.
Aku manusia. Aku pun tak tahu nak buat macam mana. Sebab aku tak berkuasa.
Tapi, aku tahu. Kau percaya tuhan itu berkuasa. Luahkan pada Dia. Mohon lah pada Dia. Kerana tuhan tu maha Kuasa lebih dari manusia.
Ya, bila kau cerita pada manusia. Mungkin manusia kata ada hikmah di setiap ujian kita.
Mungkin kau dah lali dengan kata kata manusia. Tapi, itu lah yang sebenarnya.
Tuhan nak kita sedar. Banyak hal yang kita tak tahu. Sebab ilmu kita terbatas.
Sebenarnya...
Bila kau kata kau tak bersedia. Sebab kau tahu diri kau.
Aku jadi terdiam. Dan fikir. Jika kau hadam, mesti kau akan kata kita masih tak tahu diri kita sendiri senanya. Kita tak tahu diri kita bersedia atau tidak. Diri kita mampu atau tidak. Tuhan yang lebih tahu. Dari diri kita sendiri.
Doalah. Kita tak tahu kuasa doa.