Kita mampu ketepikan rasa sedih di dalam jiwa kita, semata-mata buat manusia di sekeliling kita melonjak gembira.
Ya, aku sedang hadiahkan rasa sedih buat diri aku sendiri.
ILMU ITU WAJIB di tuntut dan sekiranya kita memiliki ILMU janganlah kedekut untuk kongsikannya..
Kita mampu ketepikan rasa sedih di dalam jiwa kita, semata-mata buat manusia di sekeliling kita melonjak gembira.
Ya, aku sedang hadiahkan rasa sedih buat diri aku sendiri.
21 Mac.
Aku diuji.
Kalau ikut kata hati ingin sekali aku kongsikan pada manusia.
Tapi, aku fikir. Aku ada Tuhan.
Jadi tak perlu lah aku luahkan apa yang aku rasa.
Aku percaya.
Tuhan itu Maha Mengetahui akan segala yang tersembunyi.
Aku percaya.
Tuhan itu Maha Mendengar walau aku meluah di dalam hati.
Tuhan itu Maha Berkuasa.
Aku kena yakin itu.
Sebenarnya aku tapis kata-kata aku.
Aku tak curah selambak sebab aku nak jaga.
Jaga hati manusia sekeliling aku.
Tapi aku tak berjaya.
Dan aku sedang benci aku.
Sakit, tapi aku tak tahu bagaimana nak tafsir rasa sakit ini.
Jadi aku diam.
Moga aku cepat sembuh. Doakan. 😃