Seindah

Jumaat, 29 Januari 2016

Nafi atau akui ?

Ada satu keadaan.
Yang sentiasa aku sendiri nafikan.

Aku nafikan.
Demi sedapkan hati sendiri.

Tapi hari ini,
Aku tak kuat untuk menafikan ianya lagi.

Adakah harus selamanya aku menafikan ?
Atau aku akui ? 😅

Ahad, 24 Januari 2016

Maka kesatkan lah.

Hari ini hari baru.
Maka.
Telah kubukakan mata.
Agar bisa aku lihat.
Warna di sekeliling dunia.
Telahku kesatkan sisa sisa duka.
Agar aku tahu dunia tak selamanya hitam untuk buat diri kecewa.

Aku cuba warnakan lukisan.
Seperti apa yang aku mahu.
Moga ada bahagia.
Di hadapan hidup aku.

Terima kasih si pemberi tisu.

Benci air mata !

Dalam dunia yang menyakitkan.
Aku sembunyikan diri.
Di tempat yang terpencil.
Jauh dari gelak ketawa manusia.
Yang pedih untuk didengar.
Yang hanya bisa ngilukan rasa.
Maka.
Aku cuba.
Cuba pejamkan mata.
Untuk mencari kekuatan jiwa.
Perlahan-lahan.
Ia hadir.
Mempamerkan diri hina.
Dalam aku tak suka dia.
Dalam aku marahkan dia.
Tidak sedarkah dia bahawa aku bencikan dia ?!
Dia air mata.
Air mata duka.