Seindah

Ahad, 29 November 2015

Aku juga wanita.

Jangan kerana cinta.
Kau gadaikan segala-galanya.

Aku. Kasihkan. Wanita.
Kerana aku juga wanita.

Rabu, 25 November 2015

Lukakan

Aku tahu kau penat dan lelah,
Kau diam dalam dunia kau sendiri,
Kau tak hiraukan segala di sekeliling,
Tanpa kau sedari kau telah lukai aku,
Hati kau sendiri kau salutkan darah.

Sabtu, 14 November 2015

Satu sen ? No.

Kalau kau tak mampu.
Membuat semua manusia rasa bahagia.
Dengan cara kau tunaikan apa yang manusia mahu.
Tidak mengapa.
Akan tetapi, cukuplah sekadar bila kau berselisih bahu dengan manusia.
Kau berikan manusia itu senyuman yang kau ada.
Percayalah, ianya tidak memerlukan berjuta juta ringgit untuk kau keluarkan.
Kerana senyuman itu tidak perlu dibayar.
Walaupun di genggaman kau hanya ada satu sen.
Ianya tidak akan mengurangkan satu sen itu.