Seindah

Isnin, 11 Mei 2015

Introvert

Kadang kala aku rasa tuhan seperti sengaja menduga aku, Dia meletakkan aku dalam situasi (orang sekeliling) yang berbeza dengan situasi aku.

Contohnya, aku memang tak suka berjalan jalan. Terutama tempat yang sesak dan bising. Tapi, tuhan menduga aku berjumpa dengan manusia sekeliling yang suka berjalan jalan.

Kalau aku menolak, nanti akan ada hati manusia yang terguris.
So, aku ikutkan saja.

Erm, walaupun aku tak suka keluar berjalan jalan tapi perkara yang aku lebih tak suka ialah tengok manusia sekeliling aku terguris hati.

Tapi kadang kadang tu ada ja yang aku tolak.
Mungkin salah aku.
Atau aku dah memang penat sangat. (Heh! Cover.)