Seindah

Jumaat, 13 Februari 2015

47:24

Malam tadi aku jumpa satu status,,status tu sebut nombor 9:111. Cepat cepat aku buka tafsir. 3-4 kali aku baca. Aku cuba faham. Tapi otak aku masih tak boleh nak hadam. Dan tadi dapat mesej dari whatsapp dan dalam text tu pun aku masih jumpa nombor 9:111. Hati aku tetap nak tahu jugak. Jadi aku text secara personal. Then,,dia balas "47:24"
Kau orang faham apa maksud nombor tu ?? Tak pea aku akan sebut.
Firman Allah:
"Maka tidakkah mereka menghayati Al-Quran, atau hati mereka sudah terkunci ?"
Deep. Aku terdiam. Aku tanya diri aku,,betul ke hati aku dah terkunci ?? Aku buka tafsir,,dan aku cari semula 9:111. Dalam 2 kali aku baca. Alhamdulillah aku dapat apa yang aku mahu. Moga hati aku tak terkuci.

Ahad, 8 Februari 2015

Ujian dan Syurga ?

Assalamualaikum.
Erm..memang lama sangat dah tinggalkan dunia blog ni.
Ntah kenapa..otak tiada idea.
ujian buat aku.
So,,terima jea la.hihi.
(Ceh! cover senanya..padahal malas.)

Eh..sebut pasal ujian ni...
Aku rasa hari ni nak post pasal ujian.kehidupan ni senanya penuh dengan ujian.
jika kita hidup dengan "bermind set"kan hidup itu ujian.
Maka,kita tidak akan selalu kecewa.

Macam macam ujian dah pernah sapa life aku.
Malas.
Sakit.
Ada halangan nak print assignment.
Kena marah dengan parents,,lecturer.
And so on.
(Kalau aku taip semua ujian yang aku terima,,memang tak akan habis la kot)
Malah,,saat aku taip untuk entry yang ini pun..aku sedang diuji.
(Tengah demam senanya.)
Oh yea..aku tulis ni bukan la bertujuan nak minta keperihatinan koorang.
Tak. Tak sama sekali.
Percaya aku. Hokey ??

Tapi...
aku nak koorang tahu.
Semua orang ada ujian masing masing.
Aku. Kau. Dia. Mereka.
Semua diuji.
yang bezanyanya mungkin cara kita diuji.

Bila kita semua dah faham yang hidup itu adalah ujian.
kita tidak akan mudah merasa apa apa. yang ada hanyalah berlapang dada.

Kalau kau nak tahu senanya ujian ujian yang aneh itu hadir dalam life kita semata-mata untuk tolak kita ke atas.

Atas ?? Atas mana ??

Atas itu ibarat...syurga.
Sebab bagi aku,,syurga adalah tempat yang paling atas.
Dan untuk aku pergi ke sana aku perlu daki.
Dan semakin aku daki,,semakin dekat dengan tempat yang paling atas itu dengan aku.

Oh ye..jangan lupa firman Allah,,yang di mana maksudnya:

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan "Kami telah beriman,," sedangkan mereka tidak diuji ? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang orang yang
sebelum mereka,,maka sesungguhnya Allah mengetahui orang orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang orang yang dusta."

(Al-Ankabut: 2-3)