Seindah

Khamis, 18 Disember 2014

Pemuda ??

Assalamualaikum..  ^_<

Baru baru ni saya ada baca status seseorang dekat facebook,,
Nak tahu apa yang dia update ??
Dia update:

"Pemuda + Masa Lapang = Maksiat."

Lepas saya baca ayat yang ringkas tu.
Terus hati saya kata.
"Betul juga tu,,pemuda bila ada masa lapang selalu buat maksiat"

Dari sekecil-kecil maksiat sehinggalah sebesar-besar maksiat.

Na'uzubillahi minalzalik.

Isnin, 10 November 2014

Tulisan

Tulisan itu,
Umpama teguran buat aku.
Semua yang dicorret...
Tiada satu pun umpama belati tajam.
Tiada yang menyakitkan.
Tiada yang memeritkan.
Tiada yang memendam rasa.
Semuanya teguran penuh ikhlas dari hati si penulis.
Tulisan itu nampak ringkas tetapi terkesan pada hatiku.
Tulisan dakwah dari mereka buat aku dan yang lain.

Rabu, 16 April 2014

Menjadi baik

Nak jadi baik.
Macam mana eh ?
solat.
solat? apa kaitan sebenarnya antara solat dengan nak jadi baik ya..???

seperti yang diriwayatkan Abu Hurairah telah tanya kepada Nabi Muhammad s.a.w tentang seseorang yang mengerjakan solat tetapi masieh lagi mencuri.
Abu Hurairah bertanya: Bagaimana keadaan orang sedemikian?
Rasulullah menegaskan: Solat orang itu lambat laun akan menyebabkan dia berhenti mencuri.
macam mana pula kita dah solat tapi still buat jahat???
hahaha
jawapannya...
kalau still jahat juga maka dia perlu perbaiki kuantiti solatnya,dari segi hardware dan softwarenya.
tau tak apa tu hardware dan software???
hardware ialah rukun fikli/perbuatan fizikal seperti berdiri tegak,rukuk,sujud dan sebagainya..
manakala...
software pula ialah rukun qauli iaitu pada bacaan maknanya di lidah dan rukun qalbi pada rasa yang bersemi di hati.

Sabtu, 22 Februari 2014

malu muslimah.

Suatu masa aku melihat,
Dua gadis berpapasan dengan hilai tawa panjang,
Mata-mata menoleh tidak mereka hirau,
Tertawa, tertawa dan terus tertawa….

Suatu ketika aku membaca,
Kisah seorang gadis cantik jelita,
"Anakku itu pemalu orangnya," si ibu berbicara bangga...
Tapi, gaya pakainya amat terbuka....
Ketat dan padat, mampu menggoncang sukma.

Suatu saat aku menyapa,
‘Dinding mukabuku’ seorang gadis bertudung labuh,
Nada bicara lewat tulisannya, manja dan amat mesra,
Menyahut gurau senda dan usikan sang jejaka...

Aku merenung semua keadaan itu dengan pandangan sayu...
Di mana letak malu tanda iman dalam dirimu..
Kerana malu dan iman itu bagai saudara seiring sejalan,
Saling melengkapi, saling membutuhkan demi kesempurnaan amalan,
Sirna salah satu dari keduanya, maka tiadalah ia sempurna...


Pandanglah pohon semalu,
Ia lambang iman dan malu muslimah bermaruah,
Dari jauh ia menyeri dengan kembang ungu yang indah,
Namun sebaik mendekat dia segera menutup ‘rupa’,
Tunduk sopan dengan duri bercerakan sebagai perlindungan.
Muslimahku...semalumu...imanmu...