Seindah

Jumaat, 31 Mac 2017

Towel.

Tahun 2012,
Sebelum seseorang terbang, untuk study.
Saya ada hadiahkan manusia itu satu towel, yang dimana ada sulaman di atasnya.

Tapi hari ini, manusia itu inform pada saya bahawa towel tu hilang, sebab kargo yang bawa barang balik Malaysia dicuri.

Saya terdiam.
Tipu kalau nak kata hati tak kecewa.

Sudahlah, jangan cengeng wahai diri.
Smile.

Khamis, 5 Januari 2017

Aku juga.

Kamu,
Kamu buat aku seperti tiada hati dan perasaan.
Sedangkan aku juga manusia.
Sama seperti kamu.
Ya, aku juga.
Seperti kamu.

Jumaat, 4 November 2016

Dia yang jaga aku.

Aku. Tak tahu kenapa.
Malam ini, aku rasa aku rindu dia.
Dia yang jaga aku dari kecil sehingga kini.
Dia yang uruskan makan pakai aku.
Dia yang telah banyak habiskan wangnya untuk aku.
Dia yang telah berkorban segala-galanya untuk aku.
Dia yang anggap aku macam anak dia sendiri.
Aku sangat sayang dia. Terlalu.
Bila fikirkan tentang dia.
Tak pernah, air mata aku tak jatuh.
Moga Tuhan jaga dia. Sebaik-baiknya.

Ahad, 16 Oktober 2016

Hujan.

Hujan.
Hujan ini buat aku rasa sayu.
Hujan juga buat aku rasa rindu.
Berikan aku sedikit sebab untuk tersenyum.
Senyuman yang sebenar-benarnya bahagia.

Khamis, 6 Oktober 2016

Mata.

1. Nenek suruh aku ambil buah limau nipis. Tiba-tiba mata aku rasa takut. Takut pada duri yang ada dekat pokok limau. Aku pejamkan mata dan pegang bahagian mata untuk hilangkan rasa takut tu.

2. Umur aku 14 tahun. Dalam kelas aku duduk tepi tingkap. Kadang-kadang mata aku jadi takut pada tingkap. Sekali lagi aku terpaksa pejamkan mata untuk hilangkan rasa takut pada tingkap.

3. Aku takut gunting, pisau and so on.

Aku tak ingat apa, yang pasti rasa takut tu hilang tiba-tiba. Dalam akhir 2012-pertengahan 2016

Tapi, sejak akhir-akhir ni (21 tahun) rasa takut tu datang semula. Dan paling parah rasa takut itu selalu datang. Dan aku rasa takut pada banyak benda.

Cahaya kenderaan pada waktu gelap, angin, kipas syiling, beg dan segalanya. Malah pada perkataan yang aku.sedang tulis ini pun mata akau jadi takut.

Btw setiap kali mata aku rasa takut pada semua tu, mesti kaki aku jadi lemah.

Hm. Kenapa ya mata aku (?)

Tak semua manusia akan faham pada apa yang aku rasa.

Khamis, 8 September 2016

Kenangan.

Selalunya manusia akan rindu segala yang berlalu itu. Itulah kenangan.

Kan best, jika kita dapat ulangkan masa ?
tapi mustahil. Hurm.

Rabu, 10 Ogos 2016

Appreciate.

Kau tanyalah beratus ribu manusia yang wujud dalam dunia ini.
Pasti semua rasa happy bila sesuatu yang dia lakukan dihargai.
Percayalah.