Selalunya manusia akan rindu segala yang berlalu itu. Itulah kenangan.
Kan best, jika kita dapat ulangkan masa ?
tapi mustahil. Hurm.
ILMU ITU WAJIB di tuntut dan sekiranya kita memiliki ILMU janganlah kedekut untuk kongsikannya..
Selalunya manusia akan rindu segala yang berlalu itu. Itulah kenangan.
Kan best, jika kita dapat ulangkan masa ?
tapi mustahil. Hurm.
Kau tanyalah beratus ribu manusia yang wujud dalam dunia ini.
Pasti semua rasa happy bila sesuatu yang dia lakukan dihargai.
Percayalah.
Semalam, ada manusia nak daftar kes faraid.
Ibubapa simati dah berpisah semasa simati umur 5 tahun.
Jadi dokumen2 bapa simati dan ahli keluarga sebelah bapa simati tidak dapat mereka sempurnakan (sebab dah makan bertahun-tahun dan lost contact).
Serius, aku terfikir.
Jujurnya, perceraian ini bukanlah menyukarkan pada masa lalu, malah pada masa hadapan.
perceraian ini bukanlah menyukarkan pasangan, malah menyukarkan ahli keluarga.
Jadi, fikirlah.
Moga yang baik-baik buat kita.
Pernah duduk dua, di dalam surau.
masa tu waktu lunch hour.
Tiba-tiba...
"Akak selalu doa supaya akak jadi orang kaya, kaya sangat."
*kerut dahi* "Kaya ?"
"Ya, kaya."
"Why ?"
"Akak tak tahu kenapa, tapi akak mudah rasa simpati bila tengok orang susah. Kalau makan dekat kedai orang minta sedekah dan macam tulah."
*Perbualan ini panjang sebenarnya tapi aku pendekkan.
Kalau luka di hati manusia itu boleh dilihat dengan mata.
Mesti kau seram tengok aku berlumuran darah.
Kadang aku lebih suka luahkan apa yang aku rasa melalui penulisan daripada luahkan melalui percakapan.
Aku tak tahu, dengan kau bercerita tadi. Reaksi aku, mengecewakan diri kau atau tidak.
Macam kau kata, walaupun kau bercerita pada siapa-siapa. Kata-kata mereka adalah sama.
Aku dan mereka hanya mampu berkata: Sabar. Doa.
Aku manusia. Aku pun tak tahu nak buat macam mana. Sebab aku tak berkuasa.
Tapi, aku tahu. Kau percaya tuhan itu berkuasa. Luahkan pada Dia. Mohon lah pada Dia. Kerana tuhan tu maha Kuasa lebih dari manusia.
Ya, bila kau cerita pada manusia. Mungkin manusia kata ada hikmah di setiap ujian kita.
Mungkin kau dah lali dengan kata kata manusia. Tapi, itu lah yang sebenarnya.
Tuhan nak kita sedar. Banyak hal yang kita tak tahu. Sebab ilmu kita terbatas.
Sebenarnya...
Bila kau kata kau tak bersedia. Sebab kau tahu diri kau.
Aku jadi terdiam. Dan fikir. Jika kau hadam, mesti kau akan kata kita masih tak tahu diri kita sendiri senanya. Kita tak tahu diri kita bersedia atau tidak. Diri kita mampu atau tidak. Tuhan yang lebih tahu. Dari diri kita sendiri.
Doalah. Kita tak tahu kuasa doa.