Kita mampu ketepikan rasa sedih di dalam jiwa kita, semata-mata buat manusia di sekeliling kita melonjak gembira.
Ya, aku sedang hadiahkan rasa sedih buat diri aku sendiri.
ILMU ITU WAJIB di tuntut dan sekiranya kita memiliki ILMU janganlah kedekut untuk kongsikannya..
Kita mampu ketepikan rasa sedih di dalam jiwa kita, semata-mata buat manusia di sekeliling kita melonjak gembira.
Ya, aku sedang hadiahkan rasa sedih buat diri aku sendiri.
21 Mac.
Aku diuji.
Kalau ikut kata hati ingin sekali aku kongsikan pada manusia.
Tapi, aku fikir. Aku ada Tuhan.
Jadi tak perlu lah aku luahkan apa yang aku rasa.
Aku percaya.
Tuhan itu Maha Mengetahui akan segala yang tersembunyi.
Aku percaya.
Tuhan itu Maha Mendengar walau aku meluah di dalam hati.
Tuhan itu Maha Berkuasa.
Aku kena yakin itu.
Sebenarnya aku tapis kata-kata aku.
Aku tak curah selambak sebab aku nak jaga.
Jaga hati manusia sekeliling aku.
Tapi aku tak berjaya.
Dan aku sedang benci aku.
Sakit, tapi aku tak tahu bagaimana nak tafsir rasa sakit ini.
Jadi aku diam.
Moga aku cepat sembuh. Doakan. 😃
Yah. Dah 3 minggu duduk rumah sewa baru.
New house, new housemates.
Selama tiga minggu.
Aku cuba hadam life ahli-ahli rumah.
Walaupun dah lama kenal diorang. (Sebab we all course mate and satu batch) Tapi, masa tu aku tak kenal rapat dengan diorang. Cuma ada dua orang ja best friends. Tapi sebelum ni tak pernah duduk sama. Maka, aku cuba hadam. Seorang demi seorang.
And last. In Shaa Allah aku boleh lah kot faham diorang ni macam mana.
Oh ya. For first day aku masuk sini. Sesuatu yang aku terkejut sekali. Bila malam tu. Semua lampu depa padam (masa nak tidur). Oh my. Aku bukan jenis, yang boleh tidur dalam gelap gelita. Sebab. Aku rasa susah nak bernafas. At least aku perlukan sedikit cahaya, walaupun tak banyak mana.
Jadi, malam tu. Terpaksa aku guna tablet aku. Untuk jadikan sumber cahaya. Tapi untuk hari-hari seterusnya. Aku tak perlu risau dah, sebab aku dah beli lampu tidur. Hehe.
Okeyy, bye.
Kau rasa bahagia dengan hidup kau ?
Kau rasa bahagia ?
Kau bahagia ?
Tak tahu kenapa soalan ini selalu muncul pada bibir aku untuk manusia lain.
Classmates. Housemates.
Kadang-kadang tu. Depa tak tau nak jawab soalan aku macam mana.
Tapi... Kenapa ?
Aku sedih ka ?
Aku tak bahagia ?
*rasa ngilu dalam jiwa*
Tapi aku tak faham maksud ngilu tu.
Tak apalah. Abaikan.
Orang kata: “Kalau kita tak bahagia, kita rasa sedih. Dengan buat manusia di sekeliling kita capai bahagia pun tak pa. Kita akan bahagia nanti. Kalau tak dekat dunia, mungkin dekat sana nanti.”
Fiera, senyum tau !
Jangan cengeng, kau benci air mata, kan ? ;D
Tak sampai 24 jam Izara a.k.a Tompok tinggalkan aku.
Tak pa fiera, smile fiera. smile !
Pagi tadi, jam 9 lebih. Dah tanam dia.
Yeap. Tanam.
Walaupun dia hanya seekor cat. But. Dia sangat penting. Pada diri. Juga dalam hati aku dan family aku
Lagipun. Biarlah. Asalkan kami tak buat something yang bad. Right ?
Bersama dia, ada sehelai batik.
Hadiah untuk dia.
Hm. Sedihnya nak taip.
Sebab aku rindu dia.
Mana mana pergi.
Dalam rumah. Mesti ingat dia.
Sebab semua tempat. Dalam rumah ni, aku dan dia dah cipta kenangan.
Untuk mengingatkan akan ianya.
Adalah sesuatu yang menyakitkan.
Untuk Izara:
Walaupun kau tak ada dekat dunia ni.
Aku tahu kau tahu aku.
Aku tahu kau sentiasa ada.
Aku tahu kau tahu aku tulis tentang kau.
Aku tahu.
Dan aku percaya itu.
Kau doakan aku ? Boleh ?