Seindah

Sabtu, 22 Februari 2014

malu muslimah.

Suatu masa aku melihat,
Dua gadis berpapasan dengan hilai tawa panjang,
Mata-mata menoleh tidak mereka hirau,
Tertawa, tertawa dan terus tertawa….

Suatu ketika aku membaca,
Kisah seorang gadis cantik jelita,
"Anakku itu pemalu orangnya," si ibu berbicara bangga...
Tapi, gaya pakainya amat terbuka....
Ketat dan padat, mampu menggoncang sukma.

Suatu saat aku menyapa,
‘Dinding mukabuku’ seorang gadis bertudung labuh,
Nada bicara lewat tulisannya, manja dan amat mesra,
Menyahut gurau senda dan usikan sang jejaka...

Aku merenung semua keadaan itu dengan pandangan sayu...
Di mana letak malu tanda iman dalam dirimu..
Kerana malu dan iman itu bagai saudara seiring sejalan,
Saling melengkapi, saling membutuhkan demi kesempurnaan amalan,
Sirna salah satu dari keduanya, maka tiadalah ia sempurna...


Pandanglah pohon semalu,
Ia lambang iman dan malu muslimah bermaruah,
Dari jauh ia menyeri dengan kembang ungu yang indah,
Namun sebaik mendekat dia segera menutup ‘rupa’,
Tunduk sopan dengan duri bercerakan sebagai perlindungan.
Muslimahku...semalumu...imanmu...

Jumaat, 13 Disember 2013

fikir

kalau memimpin atau berjuang،،
ikhlaskan hati kerana ilahi،،
gerakkan semua hampir dengan zat yang suci،،
bukan mengumpul kaki untuk perkukuh diri،،
ingat janji tuhan itu pasti،،
kejayaan bukan bukti kamu ditempat yang murni...

yang memandang،،
ikhlaskan hati juga kerana ilahi،،
gerakkan diri supaya hampir dengan zat yang suci،،
bukan menjaja diri menjadi kayu api،،
namun tidak juga bodoh dalam mengkaji،،
setiap berita dan cerita habis ditelan begitu sekali،،
hingga tak mampu berbeza yang mana murni yang mana keji...

kamu anak muda islam yang berinti..
bukan intinya hanya pekak dan tuli...
binalah diri menjadi pelengkap banggunan yang kukuh،،
bukan menjadi penyebab rebahnya banggunan yang teguh..
Zikir dan fikir..

Jumaat, 22 November 2013

kiamat.

Petang itu
aku duduk bersendirian
memandang kecantikkan ciptaan

Allah...
mataku tertarik pada gunung-ganang yang kelihatan gagah.
tiba-tiba fikiran ku terbayang bahawa suatu hari nanti gunung itu pasti akan hancur.

Lalu mataku melirik kearah langit yang biru kemerah-merahan dek matahari yang tidak lama lagi akan terbenam.
tiba-tiba aku terbayang bahawa suatu hari nanti ia pasti menjadi sekelam-kelamnya.

kemudian aku asyik memandang ke tanah yang kelihatannya subur.
tiba-tiba aku terbayang bahawa suatu hari nanti ia pasti akan menelanku.

kemudian aku pandang kehadapan,
melihat laut diikuti dengan deruan ombak yang mengasyikkan.
tiba-tiba aku terbayang bahawa ia suatu hari nanti pasti akan menenggelamkan segala apa yang ada di bumi.
sehingga segala yang hidup akan mati tanpa meninggalkan apa-apa.

kini,
baru aku sedar bahawa dunia ini sudah tidak lama lagi.
ia akan binasa..
pasti !